"Sudah 25 Tahun Saya Di Kuala Kangsar" - Mastura

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 5:10 PM

Calon Barisan Nasional, Datin Mastura Mohd Yazid bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar (tengah) menerima sokongan penuh daripada empat orang anaknya, dari kiri: Wan Iskandar, Wan Imar dan Wan Emir Astar dan Wan Amar Wan Mohamad Khair-il pada sidang media di kediamannya bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selepas penamaan calon PRK, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid menolak dakwaan beliau tidak mampu menjaga kebajikan penduduk kerana bukan anak tempatan.

Menurutnya, isu itu tidak timbul kerana walaupun  tidak dilahirkan di Kuala Kangsar tetapi beliau sentiasa berkhidmat untuk masyarakat di sini sejak hampir 30 tahun lalu.

"Saya telah 25 tahun di sini. Saya telah menjadi orang Kuala Kangsar. Anak-anak saya adalah testimoni terbaik untuk dilihat.

"Kalau saya dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar sudah pastinya saya perlu ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat.

"Itu perkara biasa, sebelum ini juga begitu. Tetapi apa yang penting ialah khidmat saya di sini, bagaimana saya menjaga kebajikan penduduk Kuala Kangsar," jelas beliau pada sidang media di rumahnya pada petang Ahad.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manong, Datuk Mohd Kamil Shafie dan Adun Bukit Chandan, Maslinsham Razman.

Ketika ditanya mengenai dakwaan beliau telah dipaksa untuk bertanding pada PRK kali ini, Mastura memberitahu, tiada sesiapa yang memaksanya untuk bertanding tetapi ia merupakan penghormatan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana memberi penghormatan dengan memilih saya sebagai calon.

"Saya akan berjuang sebaik mungkin untuk meneruskan kepimpinan yang ditinggalkan Allahyarham," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Mastura Mohd Yazid , PRK Kuala Kangsar , BN

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan