Masjid Di KL Siap Sedia Sambut Ramadan

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 4:30 PM

Ketua Bahagian Penyediaan Masakan Masjid Jamek Kampung Baru, Zainal Abidin Abdul Hamed, 60, (kiri), membuat persiapan akhir penyediaan bubur lambok menjelang Ramadan, di ibu negara, Ahad. Sebanyak 20 periuk bubur lambok untuk dimasak setiap hari dianggarkan berjumlah 10,000 bungkusan akan diagihkan sepanjang bulan puasa ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Masjid Kampung Baru di sini kini bersiap sedia untuk mengagihkan bubur lambuk semasa bulan puasa seperti tahun-tahun lepas yang kali ini juga 10,000 bungkusan akan diagih setiap hari.

Ketua Bahagian Penyediaan Masakan masjid berkenaan Zainal Abidin Abdul Hamid berkata pihak mereka telah membuat persediaan untuk memasak 20 periuk bubur lambok setiap hari.

"Walaupun orang ramai merasakan jumlah 10,000 bungkus itu banyak, namun setiap hari bungkusan bubur akan habis hingga ada yang beratur lama gagal untuk mendapatkannya," katanya kepada Bernama, Ahad.

Seorang penduduk, Zamri Abdul Karim, 56, melihat susunan periuk untuk memasak buburlambok pada bulan Ramadan di Masjid Jamek Kampung Baru, di ibu negara, Ahad.

Sementara itu Imam I, Abdul Ahad Abu Bakar berkata jawatankuasa masjid juga akan membawa imam khas dari Makkah iaitu Sheikh Idris Ismail untuk mengetuai solat sunat Tarawih sepanjang bulan Ramadan.

Beliau berkata akan turut diadakan ialah kuliah sebelum solat Zohor dan sebelum berbuka bagi menyemarakkan lagi pengisian Ramadan.

Bagi Masjid Al-Akram, Datok Keramat, pihak pengurusan masjid akan turut menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

Bendaharinya, Abdul Hamid Mat Isa berkata juadah berbuka dan moreh akan disediakan untuk 200 orang dengan perbelanjaan RM1,800 sehari atas derma dan sumbangan orang ramai.

Masjid ini yang mampu menampung sehingga 800 orang jemaah sering menjadi tumpuan semasa bulan puasa," katanya.

Beliau berkata masjid itu juga akan mengadakan tadarus membaca al-quran setiap malam selepas solat Tarawih.

Di Masjid Al-Aman, Bukit Aman , pihak masjid turut menyediakan pelbagai program sambutan.

Iman I, Superitendan Ghazali Daud berkata antara program yang akan diadakan ialah kuliah sebelum solat zohor dan pengagihan bubur lambuk seawal pukul 3 petang.

"Pihak masjid juga turut menyediakan makanan berbuka untuk 150 orang dan solat Tarawih yang akan diimamkan empat orang imam tahfiz," katanya.

Ketiga-tigaa masjid berkenaan akan turut mengadakan solat sunat Qiamullail pada 10 malam terakhir Ramadan.-- Bernama

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan