Tujuh Kurma, Teh 'O' Juadah Sahur Azizah

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada apa yang lebih menggembirakan buat seorang ibu tunggal yang cacat penglihatan, selain kehadiran anak-anaknya untuk bersama-sama beliau menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Azizah Awang Kechik, 62, yang baru sahaja kehilangan suami, meluahkan perasaan itu apabila tiga orang anaknya meninggalkan beliau setelah  masing-masing berumah tangga.

"Makcik makan tujuh biji kurma dengan teh 'O' sahaja untuk sahur, cukuplah ala kadar. Makcik tak ada sesiapa dah," luah warga emas ini dengan sayu, ketika ditanya persiapan beliau sempena kedatangan Ramadan esok.

Bagi menghilangkan rasa kesunyian, Azizah tegar meneruskan hidup dan mencari pendapatan tambahan dengan menjual tisu muka di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Makcik tinggal seorang. Anak-anak ada tapi dah kahwin, masing-masing buat hal sendiri, tak pelah," katanya ketika menceritakan kepada penulis kisah sedih yang menyelubungi nasibnya ketika ditemui dalam tinjauan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

Warga emas ini yang cacat penglihatan sejak dilahirkan, hanya berharap agar anak-anaknya tidak melupakan beliau yang sentiasa mendahulukan anaknya dalam setiap perkara.

Rokiah Ahmad, 63, dari Jalan Datuk Keramat berkata baginya saban tahun persiapan beliau menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan itu, dilakukan secara kecil-kecilan sahaja.

"Keluarga makcik kecil, suami dan anak lelaki sahaja. Jadi, juadah sahur ringkas, asalkan dapat mengisi perut cukup," katanya.

Beliau, yang juga cacat penglihatan akibat kemalangan berkata setiap tahun mereka hanya membuat persiapan ringkas bagi menyambut Ramadan dan Syawal kerana kekangan kewangan.

Bagi pelajar universiti awam, Mastura Mat Khori, 22, Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah tempat persinggahan wajib baginya untuk membeli-belah juadah berbuka dan barangan keperluan musim perayaan setiap kali bulan Ramadan.

"Harga barang-barang sini berpatutan, senang dapat. 

"Saya tidak kisah berbelanja sakan setahun sekali, janji seronok masa Hari Raya nanti," katanya yang menggemari ayam percik sebagai juadah berbuka puasa.

Esok, hari pertama umat Islam berpuasa dan Jalan Tuanku Abdul Rahman sekali lagi menjadi tumpuan warga kota, meriah dengan kehadiran peniaga dan penjaja menawarkan beraneka kuih-muih, pakaian dan alat-alat kelengkapan raya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: kurma , Ramadan , Azizah Awang Kechik

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan