PRK Sungai Besar: Kekesalan PAS Belum 'Terubat' Sepenuhnya

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 2:47 PM

Dr Abdul Rani (kiri) bersama calon BN, Budiman dan Azhar yang mewakili Amanah pada PRK Sungai Besar pada hari penamaan calon, Ahad.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Kekesalan PAS apabila kerusi tradisinya, Parlimen Sungai Besar diganggu-gugat oleh parti lain dilihat masih belum 'terubat' sepenuhnya.

Perkara ini dapat dilihat apabila calonnya, Dr Abdul Rani Othman masih menyentuh mengenai perkara itu dan pada masa sama beliau menegaskan mahu memberi tumpuan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam PRK di sini.

"Yang penting kita teruskan (bertanding). Fokus kita nak jatuhkan Umno dan BN.

"Sepatutnyalah, Amanah kalau betul nak jatuhkan juga parti lain dia (Amanah) jangan masuk campur kerusi tradisi PAS," katanya pada sidang media di Markas PAS di sini, Ahad.

Dr Abdul Rani yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Meru bagaimanapun berkata, PAS tidak menghadapi masalah besar dalam berdepan situasi ini di mana parti itu perlu berdepan calon Amanah, sebuah parti serpihan PAS.

"Sebab kalau campur tangan, walaupun kita tak menghadapi masalah besar tapi tetap beri kelebihan kepada BN," katanya.

Beliau ditanya tentang perasaannya apabila dirinya dan PAS masih bertahaluf siyasi dengan PKR dalam kerajaan Selangor, tetapi PKR bersama Pakatan Harapan telah menggerakkan jenteranya untuk membantu Amanah dalam dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad berkata, parti itu akan memberi tumpuan terhadap isu-isu nasional yang menjadi 'kegagalan' kerajaan BN serta memberi kesan kepada penduduk tempatan.

Beliau turut mengulas mengenai kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor yang disifatkan sebagai kerajaan perpaduan yang menguji kematangan politik di Malaysia.

"Saya lihat ini bukan satu masalah, ini adalah satu ujian kematangan politik di Malaysia ini.

"Sudah berlaku di negara lain seperti di United Kingdom dengan terbentuknya kerajaan campuran antara dua parti, demokratik dan konservatif dari 2005 hingga 2010," katanya.

PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah Azhar Ab Syukur dengan Dr Abdul Rani.









Tags / Kata Kunci: PAS , PRK Sungai Besar , Dr Abdul Rani Othman , BN

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan