Bapa Beri Restu, Doa Yang Terbaik Untuk Budiman

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 4:44 PM

Budiman memohon restu daripada kedua ibu bapanya.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi mendapat restu dan sokongan padu anggota keluarga yang mendoakan perjuangan beliau untuk mempertahankan kawasan Parlimen Sungai Besar dan memperoleh kejayaan yang memberangsangkan.

Bapanya, Mohd Zohdi Abdullah, 72, berkata beliau dan isteri Fatona Saimin, 62, akan sentiasa menjadi penyokong kuat anak sulung mereka itu dari belakang. 

"Saya harap semuanya akan berjalan lancar untuk dia, Insya-Allah.

"Saya juga harap dia akan terus jadi wakil rakyat yang baik untuk setiap kawasan yang diwakilinya," kata warga emas itu yang ditemui di kediamannya di Jalan Haji Yusuf, di sini.

Budiman mengunjungi kedua-dua orang tuanya bagi mendapatkan restu sebelum bergerak ke pusat penamaan calon di Dewan Seri Bernam, bersama isterinya Norma Aida Abdullah, pagi Ahad.

Bekas guru itu berkata Budiman telah menempuh pelbagai cabaran, termasuk meletakkan jawatan sebelum menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang pada 2013.

"Dia agak teragak-agak pada masa itu sebab terpaksa meletakkan jawatannya (untuk menjadi calon BN), tapi dia tekad untuk ambil juga risiko itu," katanya yang yakin anaknya mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai Anggota Parlimen Sungai Besar, jika dipilih.

Budiman sebelum ini bertugas di Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor sebelum dipilih sebagai calon DUN Sungai Panjang. 

Mohd Zohdi berkata sepanjang menjadi Adun Sungai Panjang, dia tidak pernah mendengar sebarang aduan masyarakat berhubung prestasi anaknya.

Dalam pada itu, Budiman berkata sudah menjadi tradisi keluarganya untuk memohon restu daripada kedua-dua orang tua sebelum melakukan sesuatu yang penting.

"Amat penting untuk dapatkan restu mereka...lagi pun ini adalah sebagai hormat kepada ibu bapa sebagaimana ajaran agama kita juga," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PRK Sungai Besar , Budiman Mohd Zohdi , BN

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan