Azmin 'Muncul' Di Sungai Besar

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 11:12 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Kehadiran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar mencuri tumpuan petugas media yang membuat liputan proses itu, pagi Ahad.

Azmin tiba kira-kira pukul 9.05 pagi di perkarangan Dewan Seri Bernam di sini sebelum bersarapan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Menteri Besar Selangor itu bersama Dr Wan Azizah kemudian meluangkan masa beramah mesra dengan  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Mustapa Ali berserta calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi dan pimpinan BN yang lain.

Azmin menjadi tumpuan setelah tidak muncul dalam majlis pengumuman calon Pakatan Harapan bagi PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar.


Beliau juga tidak memberi sebarang kenyataan selepas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kerajaan pimpinannya yang didakwa terbabit rasuah.

"Azmin tidak hadir hanya pada majlis pengumuman calon tetapi beliau hadir pada hari penamaan calon hari ini," kata Dr Wan Azizah kepada pemberita, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya sebelum ini bahawa Azmin mempunyai hak untuk menjaga kerajaannya dan tidak hadir pada majlis pengumuman calon Pakatan Harapan baru-baru ini.

Dalam kenyataannya, Dr Wan Azizah turut menjelaskan bahawa pihaknya bersetuju dengan tindakan Azmin itu memandangkan jawatannya sebagai ketua dalam kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor.

Sementara itu, Azmin berkata, beliau telah mengarahkan jentera Pakatan Harapan untuk menyokong calon Pakatan Harapan dan turun membantu kempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Kepada calon PAS di Sungai Besar yang juga menjadi sebahagian daripada kerajaan Selangor saya ucapkan selamat berjaya kepadanya.

"Saya harap dan menggesa kedua-dua parti PAS dan Amanah supaya memberi fokus kepada BN dalam dua PRK ini," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan turun lebih kerap pada dua PRK ini, Azmin berkata, beliau akan cuba berbuat demikian kerana pada masa sama mempunyai tugas mengiringi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan