Adenan Tolak RUU Hadi

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Parti politik terbesar di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, yang juga Presiden PBB berkata, ini kerana Sarawak adalah sebuah negeri berbilang kaum dengan populasi orang Islam terdiri daripada kira-kira satu perempat daripada keseluruhan penduduk.

"Kita tidak akan menyokong RUU hudud. Kami berbilang kaum dan umat Islam hanya 25 peratus. Kami bukan Kelantan.

"Pada dasarnya, kami menentang Rang Undang-undang hudud," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di ibu pejabat parti itu di sini, Ahad.

PBB adalah parti tunjang kerajaan Barisan Nasional dan kedua terbesar di Parlimen apabila mempunyai seramai 14 Ahli Parlimen selepas Umno yang mempunyai 86 wakil rakyat.

RUU yang dibentangkan oleh Hadi di Parlimen bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 berkaitan dengan had jumlah hukuman.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata Sarawak tetap dengan pendiriannya untuk tidak melaksanakan hudud di negeri itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan