PRK Kuala Kangsar: Tempoh Edah Bukan Halangan BN Untuk Menang

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2016 10:34 PM

Hishammuddin sempat berbual dengan anak Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar, Wan Emir Astar (kanan) ketika melawat bilik gerakan Barisan Nasional Parlimen Kuala Kangsar pada Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Tempoh edah yang sedang ditempuh Datin Mastura Mohd Yazid tidak menjadi halangan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar itu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tempoh edah itu bersifat sementara,  dan perkara lebih penting yang perlu diambil berat oleh pengundi ialah memilih wakil rakyat yang mampu menjaga kebajikan mereka.

Menurutnya, Mastura merupakan calon yang mampu menjaga kebajikan pengundi dan ia telah diketahui oleh penduduk Kuala Kangsar.

"Mastura adalah calon yang telah dikenali penduduk Kuala Kangsar, mereka juga sayangkannya. Oleh itu tidak menjadi kekangan apabila beliau tidak boleh keluar berkempen.

"Saya dan jentera BN akan memberi bantuan dan sokongan bagi memastikan calon BN ini menang dalam PRK kali ini, " katanya ketika beramah mesra bersama jentera parti di Bilik Gerakan BN di sini pada Sabtu malam.

Yang turut hadir mengiringi Menteri Pertahanan itu ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hishammuddin menambah, beliau turut gembira dengan hasil kerja jentera parti yang telah bekerja keras mengikut perancangan yang disediakan.

"Apa yang lebih penting jentera BN terus berkerja keras dan tidak melayan atau mengikut rentak pembangkang dengan isu-isu tertentu.

"Biarkan mereka dengan isu-isu yang hendak dibawa, tidak perlu kita melayan kerana kita ad agenda untuk menangkan calon yang dipertandingkan," jelasnya.

Mastura dinamakan sebagai calon BN selepas suaminya Allahyarham  Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan