Restoran Dilarang Beroperasi Sebelum 3 Petang

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2016 11:32 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Semua kedai makan dan restoran Islam di Kedah tidak dibenarkan beroperasi sebelum pukul 3 petang sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

"Saya minta peniaga-peniaga ikut keputusan yang dibuat oleh kerajaan supaya restoran Muslim ini hanya dibenarkan beroperasi bermula pukul tiga petang untuk menghormati bulan Ramadan.

"Peraturan ini adalah sama seperti yang dikuatkuasakan pada tahun lalu," katanya kepada media selepas melancarkan program gotong royong Muafakat Kedah sempena menyambut Ramadan di Masjid Kampung Teluk Junus, Mukim Padang Hang, di sini, Jumaat.

Menurutnya, peniaga yang masih berdegil akan dikenakan tindakan tegas termasuk kompaun dan penarikan semula lesen berniaga.

"Saya juga minta Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memantau harga-harga barang  di bazar Ramadan supaya tiada peniaga yang ambil kesempatan menaikkan harga yang tidak munasabah.

"Kalau itu berlaku, kita minta diambil tindakan. Sekiranya kawasan itu luas dan melibatkan ramai peniaga, mungkin boleh tempatkan penguatkuasa KPDNKK secara tetap di situ,” katanya.

Sementara itu, Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid turut memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap umat Islam yang membeli makanan di khayalak ramai sebelum pukul 3 petang.


Tags / Kata Kunci: restoran , ramadan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan