Polis Mahu Pendaftaran Pesalah Seks Dilaksanakan

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2016 8:59 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah pendaftaran pesalah seks perlu digubal secara berasingan daripada undang-undang sedia ada bagi memastikan pemangsa boleh diletakkan di bawah pengawasan polis secara berterusan.

Satu sumber di Bukit Aman berkata, polis sedang berusaha untuk membentuk pendaftaran pesalah seks kerana ia boleh memudahkan siasatan pihaknya.

"Di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969, atau Akta 7, ia hanya akan mendaftarkan pesalah tanpa memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk memantau mereka.

"Kami mahu hukuman berat terhadap pemangsa ini," kata sumber itu.

Sumber itu berkata, polis berharap Menteri Pembanguna Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim akan menyokong pendaftarannya.

"Bagaimanapun, ia tidak seharusnya bersekali dengan Akta Kanak-kanak kerana ia perlu diasingkan," kata sumber itu.

Pada masa ini, Malaysia mempunyai Akta Pendaftaran bagi Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 di mana rogol, seks oral atau liwat dengan kerelaan dimasukkan didalamnya.

Ia tidak termasuk orang yang disabitkan atas kesalahan seks oral atau liwat tanpa kerelaan.

Tags / Kata Kunci: Pendaftaran Pesalah Seks

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan