Perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit Pulih 3 Petang Ini

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2016 1:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan biasa tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan bersambung semula pada pukul 3 petang ini selepas selesai kerja pembaikan, kata Express Rail Link Sdn Bhd (ERL).

Menerusi laman Facebook rasmi, ERL berkata kakitangan syarikat itu menjalankan kerja pembaikan berikutan kerosakan pada trek, tren dan talian kuasa dalam kejadian ribut semalam.

"Sehubungan itu, tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit kini beroperasi sebagai perkhidmatan yang digabungkan mulai jam 4.30 pagi hingga 3 petang ini.

"Keseluruhan perjalanan antara KL Sentral dan KLIA2 akan mengambil masa tujuh hingga lapan minit lebih lama daripada perkhidmatan KLIA Ekspres biasa," kata syarikat itu pada Sabtu.

ERL berkata semua pelepasan dan ketibaan akan dilakukan dari platform KLIA Ekspres, dan orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada jadual perjalanan yang disemak semula dan dimuat naik ke laman Facebook rasminya.

Ribut kuat yang melanda ibu kota kira-kira 6 petang semalam mengakibatkan kerosakan pada struktur landasan ERL antara Bandar Tasik Selatan dan Putrajaya.

Tags / Kata Kunci: KLIA Ekspres , KLIA Transit

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan