Peguam Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2016 12:00 PM

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memberikan tabik hormat kawalan keselamatan ketika berangkat tiba ke majlis Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Sabtu. Berangkat sama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidun bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengetuai senarai 1,546 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2016 sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sabtu.

Mohamed Apandi adalah penerima tunggal Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

Sementara itu, 52 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Antara penerima PSM ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Ramly Ali, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Azahar Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zaharah Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Othman Mahmood dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Othman Hashim.

Penerima PSM yang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Datuk Seri Arpah Abdul Razak dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustafa.

Selain itu, PSM turut dianugerahkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Datuk Norliza Rofli, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Datuk Seri Ranjit Singh Ajith Singh, Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Pengarah Urusan Latimer Corporation Sdn Bhd Datuk Dennis Chandratheepam Latimer, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Group Berhad Datuk Seri Jamaludin Ibrahim.

Yang turut menerima PSM ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Widad Business Group Datuk Seri Muhammad Ikmal Opat Abdullah, Pro Canselor Cyberjaya University College of Medical Sciences Datuk R.Palaniappan, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Selain itu, turut dikurniakan PSM ialah Penasihat Ekonomi Wanita/Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Penasihat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar, Pengerusi MIC Bahagian Kampar Jaya Datuk S.Veerasingam, Presiden Parti Bersatu India Malaysia Datuk Seri S.Nallakaruppan, Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Datuk Seri Empiang Antak.

Turut menerima anugerah PSM ialah Penasihat Kewangan Parti Progresif Penduduk Malaysia Datuk M.N. Puvanendran, Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Datuk Seri Saw Choo Boon dan bekas Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Allahyarham Datuk Noriah Kasnon (anumerta) yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Dalam pada itu, sebanyak 79 individu dikurniakan darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' antaranya bekas Anggota Parlimen Kuala Kangsar Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (anumerta) dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mendiang Datuk Dr Sundaran Annamalai (anumerta) yang meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lepas.

Turut menerima darjah kebesaran itu ialah bekas Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Mendiang Datuk Anthony Kevin Morais (anumerta) yang mati dibunuh pada September 2015.

Turut dianugerahkan darjah PJN ialah tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Kamardin Hashim, Harminder Singh Dhaliwal dan Ong Lam Kiat, serta Penasihat Undang-undang Jabatan Perdana Menteri Datin Almalena Sharmila Johan Thambu, Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Mohamad Ezam Mohd Nor, pakar bedah mata dan penceramah terkenal Prof Dr Che Muhaya Mohamad, Timbalan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kapten Sharuddin Omar, bekas Presiden Dong Zong Quek Chee Hiang @ Quek Suan Hiang dan Setiausaha Agung MIC A.Sakthivel.

Bagi Darjah Kebesaran Panglima Setia Diraja (PSD) yang juga membawa gelaran 'Datuk' tiga penerima telah dipilih iaitu Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Halimah Hashim, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Markas ATM Mejar Jeneral Mohd Yadi dan Juruiring Sultan Kedah Kolonel Datuk Tunku Aziz Bendahara Tunku Nong.

Dalam pada itu, 37 individu menerima Darjah Kebesaran Johan Mangku Negara (JMN) antaranya Timbalan Ketua Bahagian Guaman I Jabatan Peguam Negara Alice Loke Yee Ching dan pakar pergigian Dr Rashidah Burhanudin.

Turut menerima darjah JMN ialah Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Otorinolaringologi Hospital Tuanku Jaafar Dr K.A. Valuyeetham, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Zuraida Mokhtar, bekas Timbalan Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia Aziz Bahaman, Ketua Polis Melaka DCP Datuk Ramli Din dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang DCP Datuk A.Thaiveegan.

Sementara itu, antara 83 penerima anugerah Johan Setia Mahkota (JSM) termasuk Pakar Perunding Kanan (Kanak-kanak) Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor Dr Angeline Wang Seng Lian dan Pengarah Bahagian Program TV Jabatan Penyiaran Radia Televisyen Malaysia (RTM) Norliza Mohd Ali. 

Anugerah Johan Setia Diraja (JSD) pula dikurniakan kepada Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Datu Mustapa Han serta lima penerima lain.

Bagi Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) sejumlah 224 orang telah terpilih termasuk Ketua Polis Daerah Sentul ACP R.Munusamy, Pengarah Kanan Jabatan Perangkaan Malaysia Abd Latib Talib, Pegawai Komunikasi Pejabat Ketua Setiausaha Negara Ahmad Shukran Shaharuddin, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia Rozaidi Abdul Jamil.

Selain itu, Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD) dianugerahkan kepada 10 orang penerima termasuk Pengarah Muzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Mohamad Adzan Mohamad Fauzi dan Jurutera Awam Bahagian Pengurusan Fasiliti Jabatan Kerja Raya Azme Hassan.

Sementara itu, ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg, guru Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Penrissen, Kota Samarahan Sarawak Chong Siau Chen dan Setiausaha Kerja Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia Siti Fadilah Sudin merupakan antara 374 penerima Ahli Mangku Negara (AMN).

Sebanyak 596 individu pula menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) antaranya bekas pengiring Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Allahyarham Lans Koperal Ahmad Sobri Harun (anumerta) yang turut meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak, selain 81 orang lagi disenaraikan sebagai penerima Pingat Bentara Setia Diraja (BSD).-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan