Undang-Undang Benarkan Mastura Tidak Hadir Penamaan Calon - SPR

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2016 7:57 PM

Mastura Mohd Yazid

(Ubah saiz teks)

SABAK BERNAM: Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid dibenarkan untuk tidak hadir pada hari penamaan calon, Ahad ini seperti mana termaktub dalam undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, calon tidak hadir pada hari penamaan calon bukan perkara baharu dan ia dibenarkan undang-undang SPR sedia ada.

“Tidak semestinya (hadir), borang itu boleh dihantar oleh salah seorang, pencadang atau penyokong.

“Memang ada dalam undang-undang, undang-undang yang membenarkan. Masa undang-undang dibuat, saya pun tak jadi Pengerusi SPR lagi jadi jangan tuduh saya, kadang-kadang dalam blog tuduh saya macam-macam,” katanya kepada pemberita ketika membuat tinjaun persiapan akhir di Pusat Penamaan Calon PRK Sungai Besar di Dewan Seri Bernam, di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Mastura yang masih berada dalam tempoh edah wajib berada di dalam dewan pada hari penamaan calon.

Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kangsar juga akan dijalankan pada Ahad, di Dewan Jubli Perak.

Mohd Hashim berkata, isu calon tidak hadir pada penamaan calon banyak kali berlaku sebelum ini justeru ia tidak patut dibangkitkan.

“Di Putrajaya, pada pilihan raya umum lalu ada calon yang bertanding di Putrajaya dan pada masa yang sama dia bertanding di Kelantan, jangan lupa.

“Ada juga yang kena (tahan) mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jadi tak boleh nak keluar, tapi parti suruh dia bertanding jadi ada wakil dihantar untuk serahkan borang pencalonan.

“Ada juga yang bertanding kerusi negeri di Selangor dan Parlimen di Kuala Lumpur, takkan dia nak pergi dua-dua dalam masa satu jam,” katanya.

Mastura dipilih menjadi calon bagi mengisi kekosongan kerusi yang disandang suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terlibat dalam nahas helikopter Mei lalu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan