Pedofilia: Ibu bapa Lepas Kemarahan Di FB

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2016 7:34 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu bapa menggunakan laman Facebook bagi melepaskan kemarahan mereka dengan mengutuk penjenayah seksual kanak-kanak, Richard Huckle.

Ramai yang menyifatkan hukuman yang bakal dikenakan terhadap lelaki pedofilia berusia 30 tahun itu tidak setimpal dengan segala tindakannya terhadap kanak-kanak.

Wan Royaha Wan Hussein kecewa dengan keinginan Huckle yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa aktiviti tidak bermoralnya.

"Anda adalah seorang syaitan yang menyamar! Neraka untuk anda," kata ibu berkenaan.

Bridge Lai, ibu kepada dua anak kecewa dengan atas nasib kanak-kanak yang menjadi mangsa Huckle.

Dia menyifatkan Huckle sebagai seorang yang licik untuk menipu ibu bapa dan kanak-kanak.

Sementara itu Ganes Thangasamy, bapa kepada dua orang anak hairan mengapa maklumat lanjut tidak diberitakan kepada pihak berkuasa Malaysia.

"Saya tertanya-tanya mengapa Australia tidak pernah memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia," kata beliau.

Serena Siew Ming Lye juga mempersoalkan mengapa polis Australia tidak bekerjasama secara langsung dengan polis Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Pedofilia , Richard Huckle

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan