Umno Perjelas Isu RUU, Jemput Parti Komponen BN

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2016 1:27 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA KANGSAR: Umno akan mengadakan pertemuan dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) bagi memberi penerangan mengenai isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dibentang Presiden PAS, Rabu depan.

Ketua Penerangan BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya telah menjemput ketua penerangan setiap parti komponen untuk hadir selain berbincang mengenai isu tersebut.

Jelasnya, ketua penerangan yang terlibat juga dibenarkan membawa dua wakil yang terdiri daripada ahli mereka untuk mendengar dan berbincang mengenai isu tersebut.

"Pertemuan dengan ketua penerangan parti komponen ini diadakan untuk menjelaskan perkara sebenar mengenai RUU tersebut iaitu kita bukan mahu melaksanakan hudud.

"Apa yang berlaku sekarang ialah Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya mengusulkan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 dan ia dibahaskan dahulu.

"Nanti bila dibahaskan, mereka yang tidak setuju bolehlah berdebat. Apa yang berlaku sekarang, Umno bukan menyokong tetapi kami tidak mahu menjadi penghalang, itu sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Tawaran Skim Pelajar Cemerlang Mara di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kangsar di sini, Sabtu.

Annuar selain itu turut menasihatkan pemimpin parti komponen BN supaya tidak mudah melatah dan membuat ugutan mengenai isu tersebut.

Tambahnya, apa yang dilakukan segelintir pemimpin BN tidak mencerminkan budaya sebenar parti berkenaan yang sentiasa mementingkan perbincangan dan toleransi dalam sesuatu isu.

"Tak payahlah nak buat ugutan itu dan ini. Pemimpin kena matang kerana itu bukan budaya BN yang sebenar.

"Kalau ada masalah, kita boleh duduk berbincang dan dapatkan gambaran sebenar. Kita akan berikan penerangan dengan jelas mengenai isu ini," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Presiden PAS , RUU Persendirian

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan