Wujudkan Detik Penyatuan Dikalangan Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 10:19 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Detik-detik penyatuan antara satu sama lain mampu menghilangkan suara negatif dalam masyarakat, demikian menurut  ahli perniagaan dan penulis buku terkenal, Anas Zubedy.

Beliau berharap detik-detik penyatuan secara kecil-kecilan dapat dijayakan menerusi kempen #SaySomethingNice yang akan berlangsung selama 17 hari bermula 31 Ogos (Hari Kebangsaan) hingga 16 September (Hari Malaysia) depan.

"Rakyat Malaysia sering berubah antara perpaduan dan perpecahan.

"Lebih banyak usaha perpaduan dibuat, lebih banyak peluang kita untuk mencairkan elemen perpecahan. Akan ada orang-orang yang sentiasa menimbulkan konflik, tetapi terpulang kepada kita menentukan kebersamaan dalam kepelbagaian untuk menentang perkara itu," katanya pada majlis pelancaran kempen di sini.

Katanya, usaha ke arah itu boleh dilakukan menerusi pelbagai cara seperti pertandingan tarian atau apa sahaja selagi mereka disemai dengan semangat perpaduan.

Tambah beliau: "Tahun lepas, kami mempunyai 57 projek sebagai sebahagian daripada kempen ini termasuk #PlantSomethingNice, @DanceSomethingNice dan #HostSomethingNice."

#DanceSomethingNice Merupakan kerjasama antara Sekolah Antarabangsa Sri Kuala Lumpur dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Ia bermula sebagai pertandingan tarian di sekolah dan sejak itu berkembang menjadi pertandingan tarian antara sekolah di Selangor.

Kempen #SaySomethingNice telah dimulakan pada tahun 2011.

Tahun ini, ia akan bertemakan "Mewujudkan Jutaan Detik-Detik Perpaduan".

Terdapat 15,000 poster dan 10,000 pelekat kereta akan diedarkan untuk kempen yang ditaja oleh SBS Prints Sdn Bhd.

Tags / Kata Kunci: Anas Zubedy

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan