RM700,000 Diperlukan Bagi Misi Bantuan Ramadan Ke Yaman

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 5:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysian Relief Agency (MRA) menyasarkan RM700,000 bagi mengisi dana bantuan kemanusian rakyat di Yaman untuk menyambut Ramadan yang bakal menjelang.

Timbalan Presidennya, Khairil Annuar Khalid berkata keperluan asas seperti makanan dan bekalan air bersih amat diperlukan penduduk di negara yang sedang bergolak itu untuk menjalani ibadah puasa.

"Setakat ini kita dapat mengumpulkan RM150,000. Dana yang diperolehi akan digunakan untuk membeli makanan asas seperti tepung, beras, minyak dan bekalan air bersih.

"Bantuan yang disalurkan akan diagihkan ke wilayah yang terjejas mengikut keperluan," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata sumbangan yang diperolehi juga akan digunakan untuk menampung keperluan asas lain seperti ubat-ubatan dan juga peralatan perubatan.

Khairil berkata selain dari Yaman, barang keperluan akan dibawa masuk dari Djibouti dan Oman melalui kerjasama Malaysia dengan badan bukan kerajaan di Yaman.

Sebelum ini, MRA telah menyalurkan lebih daripada 5,000 pek makanan kepada penduduk di wilayah yang bergolak di Yaman iaitu di Sana'a, Aden, Taiz, Hajjah dan Turbah.

Tags / Kata Kunci: Malaysian Relief Agency

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan