Puak PKR Berbalah Dalam WhatsApp

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 9:19 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Perbalahan besar kini berlaku antara dua puak dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila masing-masing menyuarakan hujah menerusi aplikasi WhatsApp.

Satu kumpulan menyokong Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali manakala kumpulan lain terdiri daripada penyokong Setiausaha Agung, Rafizi Ramli sementara terdapat beberapa individu lain menyokong Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber PKR memberitahu "perbalahan" adalah berkisar mengenai dakwaan Rafizi berhubung permintaan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.

Kumpulan pro-Azmin menuduh Rafizi sengaja mencari publisiti dengan dakwaan berkenaan kerana bimbang dengan kedudukannya dalam parti susulan pengaruh Azmin semakin kuat.

Bagaimanapun penyokong Rafizi berkata Ahli Parlimen Pandan itu hanya mahu membetulkan salah laku dalam parti dan mempersoalkan mengapa "beberapa orang tidak berpuas hati".

Mengenai laporan Rafizi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu, sumber itu berkata setiausaha agung parti lazimnya membuat laporan kepada pihak berkuasa.


Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan yang telah menemani Rafizi ke SPRM berkata setiausaha agung itu menyerahkan sampul surat dengan bukti kepada agensi itu.

"Ia adalah satu sampul surat putih yang ditutup dan orang-orang yang pergi bersamanya ke SPRM juga tidak tahu apa yang terkandung di dalamnya," kata Manivannan.

Tags / Kata Kunci: PKR , Azmin Ali , Rafizi Ramli , Rasuah Selangor

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan