Gangguan Bekalan Elektrik, Penumpang LRT, ERL Terkandas

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 10:19 PM

LRT akan beroperasi seperti biasa pada Sabtu.
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penumpang perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Express Rail Link (ERL) terkandas pada petang Jumaat berikutan gangguan bekalan elektrik akibat hujan lebat dan ribut petir.

Kelewatan dilaporkan berlaku di LRT Laluan Ampang antara stesen Bandar Tasik Selatan dan Sri Petaling.

RapidKL dalam laman Twitternya berkata pasukan penyelamat telah dikerahkan untuk memindahkan kira-kira 220 penumpang di stesen Sungai Besi dan Bukit Jalil selepas mereka terkandas di dalam kereta api.

Salah seorang penumpang, K.Parkaran, 62, memberitahu The Star Online bahawa dia dan kira-kira 200 yang lain terperangkap semasa menunggu perkidmatan kereta api di stesen Sri Petaling kembali pulih lebih dua jam.

Beliau berkata cuaca buruk di sekitar Kuala Lumpur menyukarkan lagi pengguna komuter untuk mencari kaedah alternatif bagi menyelamatkan diri.

Parkaran juga berkata dia berada di dalam tren tersebut apabila gangguan pertama mula berlaku.

Katanya, tren itu berhenti secara tiba-tiba dan kekal statik kira-kira 20 minit sebelum bergerak perlahan-lahan kembali ke stesen.

Beliau berkata penumpang di stesen tersebut kelihatan kecewa tetapi berada dalam keadaan tenang.

Rapid KL memberitahu bas turut dikejarkan ke stesen LRT untuk membantu mangsa.

Kira-kira pukul 9.15 malam, semua perkhidmatan di laluan Ambang kembali beroperasi seperti biasa.


Tags / Kata Kunci: LRT , ERL , terkandas , laluan Ampang

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan