Tempatkan Lebih Banyak Penguat Kuasa KPDNKK Di Bazar Ramadan - MB Kedah

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 10:00 AM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta agar lebih banyak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diletakkan di bazar-bazar sempena bulan Ramadan ini.

Ahmad Bashah berkata ia bagi memantau peniaga yang gemar mengambil kesempatan dengan menaikkan harga kuih-muih dan makanan setiap kali menjelang Ramadan.

"Minta penguat kuasa KPDNKK ambil tindakan, kalau boleh kawasan agak luas yang banyak peniaga itu KPDNKK tempatkan banyak lagi penguat kuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program gotong-royong muafakat Kedah di Kampung Teluk Junus, Mukim Padang Hang di sini, Jumaat. 

Ahmad Bashah turut mengingatkan peniaga restoran beragama Islam agar memulakan operasi perniagaan pada waktu yang telah ditetapkan pada bulan Ramadan iaitu pukul 3 petang dan ke atas.

"Serah pada Jabatan Agama Islam untuk pantau dan ambil tindakan pada peniaga yang langgar peraturan ini sebab kita nak hormat bulan yang mulia ini," katanya.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Ramadan , KPDNKK , Bazar Ramadan

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan