32 Pasar Tani Beroperasi Di Seluruh Negara Sepanjang Ramadan - Fama

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 32 pasar tani akan beroperasi di seluruh negara pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan bagi memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan pada harga lima hingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata jualan di pasar tani itu melibatkan 73 jenis barangan seperti daging, ayam, ikan, sayur, buah-buahan, kuih-muih serta produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

"Barangan yang tidak terdapat di pasar tani biasa akan boleh didapati di pasar tani Ramadan dan ini adalah satu jualan yang meriah," katanya kepada pemberita ketika meninjau Program Jualan Khas Pra Ramadan di Pasar Tani Putrajaya, di sini, Jumaat.

Sebanyak 331 pasar tani pra Ramadan beroperasi di seluruh negara bermula semalam hingga Ahad ini sebagai persediaan untuk umat Islam menjelang bulan puasa.

Selain itu, Badruddin berkata Fama akan bekerjasama dengan agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan keperluan bekalan di pasar tani mencukupi sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal.

Katanya Fama juga akan bekerjasama dengan usahawan pasar tani bagi menjamin bekalan barangan mencukupi dan dijual dengan harga berpatutan serta mematuhi harga kawalan yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ramadan , Pasar Tani , Fama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan