Nik Abduh Tegaskan Kecintaan Ulama Jangan Sampai Melampau

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan ahli parti Islam itu bahawa kecintaan kepada ulama perlu berpada-pada bagi mengelak sikap melampau.

Beliau sendiri pernah mengingatkan penyokong ayahandanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa hayatnya supaya tidak keterlaluan menunjukkan sokongan kepada Mursyidul Am parti itu.

Katanya, keadaan itu dapat dilihat bagi kumpulan penyokong yang meninggalkan PAS selepas bekas Menteri Besar Kelantan itu meninggal dunia.

"Lihatlah orang-orang yang keluar dari PAS, semuanya memuja tok guru. Sikit-sikit Tok Guru Nik Aziz, sikit-sikit Tok Guru Nik Aziz.

"Bila Tok Guru Nik Aziz dah tak ada, ramai yang meracau dalam perjuangan," katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-62 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dekat sini, Jumaat.

Sehubungan itu, Nik Abduh berpesan supaya anggota parti beristiqamah dalam memberikan sokongan kepada ulama.

"Mencintai tok guru itu adalah sunnah, ibadah. Tetapi tok guru itu dihormati diangkat oleh Allah kerana dia di jalan perjuangan yang lurus ini," katanya.

Tambah Ahli Parlimen Pasir Mas itu, menyokong ulama perlu selari dengan perjuangan berlandaskan Islam.

"Kalau kita hormat pada tubuh tetapi tak hormat pada perjuangan, kita telah salah daripada ajaran Nabi Muhammad.

"Lihatlah mana-mana tok guru yang tergelincir dari perjuangan, dia tidak lagi dihormati," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan