Hujan Batu Landa Bukit Jalil

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 8:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan batu dilaporkan berlaku di kawasan Bukit Jalil ketika hujan lebat kira-kira pukul 6 petang Jumaat.

Beberapa video kejadian itu dimuat naik orang ramai di laman media sosial termasuk Twitter dan Facebook.

Sementara itu, hujan lebat sejak 5 petang Jumaat mengakibatkan beberapa laluan utma di ibu negara dilanda banjir kilat.


Antara kawasan yang dilaporkan dinaiki air adalah di Jalan Kemuja berhampiran persimpangan Jalan Bangsar, Jalan Pantai Baharu, laluan dari KL Sentral menuju Hotel The St Regis dan Jalan Khidmat Usaha berhampiran Jalan Duta.

Paras air meningkat ekoran hujan lebat itu menyebabkan aliran trafik sesak teruk, ditambah waktu puncak orang ramai pulang dari kerja.


Bagaimanapun, air dilaporkan surut sepenuhnya termasuk di Jalan Duta, sejurus hujan reda kira-kira dua jam kemudian.

Beberapa rumah juga dilaporkan mengalami kerosakan pada bumbung akibat angin kuat.

Sementara itu warga ibu kota yang kebanyakannya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah turut berkongsi pengalaman masing-masing dan gambar kejadian melalui media sosial.

Pengguna Twitter, 'faiqrusyaidie' menulis 'first time ever experiencing hujan batu...'.

Seorang lagi pengguna Twitter, 'dayahmayah' turut berkongsi gambar dengan menulis, 'MashaAllah. hujan batu at my sister's office. Area Sg Besi. Praying and hoping that everyone's fine,'.

'First hujan batu experience ever. Literally soaked for almost 20 minutes,', tulis pengguna Twitter 'FazaaMohamad'.

Pengguna Facebook 'Shahriza Mahmud', dalam pada itu turut berkongsi rakaman video kejadian berkenaan yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Serdang.

Tags / Kata Kunci: hujan ais , Bukit Jalil , hujan lebat

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan