Tiada Gelandangan Ditinggalkan DBKL Di Luar K.Lumpur

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 5:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan menafikan dakwaan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kononnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah sengaja meninggalkan sekumpulan gelandangan di beberapa tempat di luar kawasan ibu kota.

Menurut Loga Bala, dakwaan kononnya kumpulan gelandangan itu ditahan oleh anggota DBKL dalam satu operasi di ibu kota baru-baru ini juga tidak benar memandangkan operasi itu dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) manakala DBKL hanya menyediakan bantuan dua buah lori dan beberapa petugas.

"Sekiranya ada agensi yang ingin memohon bantuan logistik daripada DBKL, memang kami akan berikan.

"Mungkin disebabkan terdapat sticker (pelekat) logo DBKL pada lori itu, menyebabkan NGO berkenaan salah faham dan terus membuat tuduhan.

"Lagipun, tiada sebab untuk DBKL berbuat demikian memandangkan ia sudah mempunyai pusat transit gelandangan sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan terowong pejalan kaki menghubungkan Kompleks Dayabumi dan Masjid Negara, di sini, Khamis.

Beliau mengulas laporan yang mendakwa kononnya sekumpulan gelandangan  telah diangkut oleh DBKL dan di tinggalkan di beberapa lokasi di luar Kuala Lumpur pada lewat malam antaranya di Rawang dan Lebuh raya Karak, pada 22 Mei lepas.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata DBKL tidak mempunyai kuasa untuk membuat tangkapan memandangkan sudah terdapat agensi-agensi lain yang ditugaskan untuk tanggungjawab sedemikian.

Pada majlis itu, Mhd Amin Nordin menyerahkan dokumen perjanjian penyelenggaraan infrastruktur antara Kompleks Dayabumi Sdn Bhd dan DBKL kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC Holdings Sdn Bhd, Datuk Hashim Wahir.

Menurut Hashim, terowong pejalan kaki bawah tanah sepanjang 94 meter yang telah ditambah baik sejak Januari lalu menghubungkan laluan dari Masjid Negara hingga Kompleks Dayabumi dengan peruntukan berjumlah RM6 juta.

"Terowong ini dibuka setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 11 malam dan ia dilengkapi dengan kamera litar tertutup dan pengawal keselamatan," katanya.

Beliau berkata peruntukan itu juga termasuk kemudahan laluan pejalan kaki berbumbung baharu sepanjang 175 meter dari kompleks yang sama bagi kemudahan orang awam untuk ke kawasan berhampiran.

Tags / Kata Kunci: gelandangan , DBKL , Datuk Dr Loga Bala Mohan

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan