Sultan Perak Titah Solat Tarawih 20 Rakaat Sepanjang Ramadan

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menitahkan setiap masjid di seluruh negeri mengadakan solat sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat sepanjang Ramadan tahun ini.

Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Dr Amiruddin Muhamed berkata titah itu dikeluarkan untuk memenuhi keperluan kariah di kawasan masing-masing yang ingin melaksanakan solat Tarawih 20 rakaat.

"Para makmum yang berhasrat menunaikan solat sunat Tarawih kurang daripada 20 rakaat, boleh berbuat demikian mengikut pilihan masing-masing.

"Tetapi setiap masjid diwajibkan memenuhi tanggungjawab untuk menyediakan imam dan bilal bagi memimpin solat sunat itu sehingga genap 20 rakaat, setiap malam," katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Amiruddin, Sultan Nazrin turut bertitah agar solat sunat Tarawih diutamakan dan ditunaikan sebaik selesai solat sunat Rawatib (mengiringi solat Isyak).

"Oleh itu, kegiatan tazkirah di waktu antara solat sunat Rawatib dan antara rakaat-rakaat semasa solat sunat Tarawih adalah dilarang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tarawih , Ramadan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan