RUU, Sumbangan Terbesar Abdul Hadi Sebagai Presiden PAS

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 6:23 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: PAS Kelantan menyifatkan Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini merupakan sumbangannya paling besar sebagai presiden parti itu.

Perwakilan Kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh berkata, rakyat Kelantan amat berbangga dengan pembentangan RUU kerana mereka telah menunggu tindakan tersebut sejak sekian lama.

Katanya, ia menjadi kebanggaan buat umat Islam, rakyat Kelantan dan seluruh anggota PAS.

"Saya boleh bayangkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (bekas Mursyidul Am PAS) kalau masih hidup, bagaimana seronoknya Allahyarham mendapat tahu Rang Undang-Undang ini boleh dibentangkan.

"Ini adalah satu kejayaan dan sumbangan Yang Berhormat Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) yang paling besar," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar Presiden PAS di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dekat sini, Khamis.

Sehubungan itu, Wan Ismail menggesa semua umat Islam khususnya anggota PAS supaya memperjuangkan RUU berkenaan.

Pada 26 Mei lalu, Abdul Hadi membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang kemudiannya mencadangkan usul itu dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Tags / Kata Kunci: PAS

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan