RUU: "Bukan Islam Kalau Tak Sokong, Diam-Diam Saja" - Mahfodz

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 10:01 AM

Dr Mahfodz Mohamed

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: "Bukan Islam kalau sokong lagi bagus, kalau tak sokong tak apa, diam-diam saja," kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dikemukakan parti itu.

Beliau sekali lagi berharap agar RUU tersebut mendapat sokongan daripada orang Islam terutama di kalangan Ahli Parlimen.

"Itu hal orang Islam, tiada kaitan dengan orang bukan Islam," katanya mengenai kebimbangan orang bukan Islam terhadap RUU berkata.

Beliau berkata demikian selepas sesi amanat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diadakan secara tertutup di sini, Rabu malam.

Mahfodz berkata, terdapat rancangan untuk mengadakan program jelajah bagi memberikan penjelasan dan pemahaman mengenai RUU tersebut ke seluruh negara.

Tambahnya, perkara itu akan dilakukan selepas Muktamar Tahunan PAS.

"Kita mengusulkan kepada Pas Pusat untuk mewujudkan pasukan petugas untuk memberi penjelasan seluas-luasnya kepada msyarakat baik yang Islam mahupun bukan Islam.

"Jadi, kita tunggu sahajalah sama ada usul kita itu diterima atau tidak oleh PAS Pusat," ujar Mahfodz.

Pada 26 Mei lalu, Abdul Hadi membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang kemudiannya mencadangkan usul itu dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Tags / Kata Kunci: PAS , Muktamar

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan