Penghadang Runtuhan Bernilai RM6 Juta Akan Dipasang Di Gunung Kinabalu

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 6:01 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Alat khas untuk menahan runtuhan bongkah dan batuan pada segmen bermasalah di trail ke puncak Gunung Kinabalu seperti yang digunakan di kawasan pergunungan Swiss Alps akan dipasang dalam masa setahun.

Menjelang ulang tahun pertama kejadian gempa bumi pada 6 Jun lalu, Isnin ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun berkata alat itu akan memastikan keselamatan yang lebih baik kepada para pendaki.

Beliau berkata kumpulan pakar akan membantu membina penghadang runtuhan itu yang menelan kos kira-kira RM6 juta, sebagai sebahagian daripada usaha keselamatan yang diambil sejak gempa bumi yang telah mengorbankan 18 orang.

Beliau berkata terdapat banyak batuan longgar di kawasan Low's Gully dan terdapat keperluan untuk membina penghadang bagi menghalang batuan yang runtuh semasa gegaran.


Bagaimanapun, beliau berkata kawasan ini tidak melibatkan trail Ranau yang telah dibuka semula pada Disember. Laluan kedua untuk ke puncak setinggi 4,095 meter itu, iaitu trail Kota Belud, dijangka siap bulan depan.

Masidi berkata segala usaha telah diambil untuk meningkatkan keselamatan pendaki, termasuk mengurangkan jumlah pendaki daripada 192 kepada 135 orang sehari dan meletakkan pasukan penyelamat kecemasan gunung.

Beliau berkata keyakinan pelancong bertambah baik dengan jumlah 17,274 orang, yang mana 55 peratus daripadanya adalah orang asing, mendaki gunung sejak pembukaan semula 1 Disember lalu.

"Kita boleh mengambil langkah-langkah untuk memastikan keselamatan tetapi alam semulajadi adalah alam semulajadi, ia mempunyai sifatnya sendiri," katanya.

Masidi turut memaklumkan, satu majlis pelancaran monumen peringatan akan dilakukan di Taman Kinabalu pada 5 Jun ini sempena ulang tahun pertama tragedi gempa bumi.
Tags / Kata Kunci: Gunung Kinabalu , Datuk Masidi Manjun

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan