PAS Dakwa Projek Hartanah Di P. Pinang 'Pembersihan Etnik Secara halus'

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 5:06 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: PAS Pulau Pinang menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pemilikan tanah oleh orang Melayu di negeri itu dengan mendakwa kemajuan hartanah yang sedang giat dilakukan dilihat sebagai 'pembersihan etnik secara halus'.

Perwakilannya, Yaakob Omar berkata, pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang pada 2016 sebanyak 20.41 berbanding 28 peratus pada 2010.

Daripada jumlah itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pulau Pinang berkata, pemilikan itu di kawasan Timur Laut sebanyak 1.16 peratus dan Balik Pulau 15.7 peratus.

"Kita tak tahu apakah akan terjadi kepada orang Melayu dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang.

"Kalau kita ada duit, kita boleh tinggal di sini. Kalau tak ada duit, nanti kita kena halau," katanya semasa membahaskan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dekat sini, Khamis.

Sehubungan itu, Yaakob meminta supaya PAS Pusat mahupun kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk mengekalkan saki-baki tanah sebanyak 20.41 peratus.

"Kita cadangkan rizab tanah Melayu diwujudkan. Kita akan bersama badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam membuat gesaan supaya kajian ini dibuat secepat mungkin," katanya.

Dalam pada itu, Yaakob turut mempersoalkan punca kehilangan tanah orang Melayu di Pulau Pinang.

"Apakah sebab kehilangan tanah-tanah orang Melayu? Salah satunya disebabkan orang Melayu mudah ditipu.

"Ini kerana orang Melayu tidak mempunyai ilmu mengenai tanah mereka dan undang-undang berkaitan tanah," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS , DAP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan