Lima Pelajar Maahad Tahfiz Imam Solat Tarawih Di Amerika

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 6:56 PM

Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi (dua,kiri) memberi kata-kata perangsang kepada lima pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) (dari kanan) Muhammad Amirul Asyraf Mohd Khadri, Mohd Aminur Rahman Mohamed Rashid, Mohamad Fadhilah Al Hakkam Othman, Mohd Hafiz Datuk Abdul Rahim dan Mohamad Alif Mursyid Husry yang dipilih menjadi imam solat terawih, Khamis. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Datuk Zulkifle Ali Al Hafiz (kiri). Mereka akan menjalani tanggungjawab tersebut di Amerika Syarikat, Sweden dan Australia sepanjang bulan Ramadan ini. Di samping menjadi imam, mereka juga akan mengendalikan beberapa program kepimpinan, kelas fardu ain dan kelas mengaji Al Quran untuk komuniti setempat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pusat Maahad Tahfiz di negara ini semakin diiktiraf komuniti Islam antarabangsa apabila lima pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) diundang menjadi imam solat tarawih di Amerika Syarikat, Sweden dan Australia sepanjang Ramadan ini.

Pengurus Besar Yayasan Pahang Datuk Mahmud Mohd Nawawi berkata di samping menjadi imam, mereka juga akan mengendalikan beberapa program kepimpinan, kelas fardu ain dan kelas pengajian al-Quran untuk komuniti setempat.

"Mereka yang terpilih merupakan pelajar terbaik kami yang memenuhi kriteria ditetapkan seperti mahir berbahasa Inggeris, berpengetahuan luas dan mempunyai tahap bacaan al-Quran yang baik kerana mereka bukan sahaja akan mewakili institusi Maahad Tahfiz di Pahang bahkan Malaysia secara amnya," katanya pada sidang media di MTNP dekat sini, Khamis.

Selain itu, Mahmud berkata pelajar MTNP turut menerima permintaan bagi mengimamkan solat tarawih di masjid sekitar daerah ini.

"Lebih 10 orang pelajar kami ditugaskan untuk menjadi imam tarawih di masjid-masjid berdekatan di kawasan Tanjung Lumpur dan Bukit Sekilau," katanya.

Sementara itu, seorang pelajar MTNP, Mohd Hafiz Abdul Rahim, 19, yang akan mengimamkan solat tarawih di Stockholm, Sweden berkata peluang itu akan digunakan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman selain cuba memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Anak bongsu daripada tujuh beradik itu berkata dia agak gemuruh untuk mengetuai solat tarawih di negara luar meskipun sudah dilatih menjadi imam tarawih di masjid pada usia 15 tahun.

"Selain mengimamkan solat tarawih, kami telah diberi tugasan untuk mengajar ilmu fardu ain dan fardu kifayah kepada kanak-kanak dengan konsep santai seperti kem musim panas.

"Bagi golongan dewasa pula kami akan memberi kuliah dan tazkirah. Saya rasa berdebar sedikit kerana semuanya perlu dilakukan dalam bahasa Inggeris," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan