MRA Sedia Pek Ramadan Bantu Keluarga Kurang Mampu, Anak Yatim Dalam & Luar Negara

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 7:30 AM

Gimik Pelancaran Tabung Infaq Ramadhan 1437H yang berlangsung baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pek makanan bagi keluarga tidak berkemampuan dan anak yatim di negara dilanda konflik dan peperangan terutama Yaman akan disalurkan sepanjang Ramadan ini.

Usaha Malaysian Relief Agency (MRA) itu mensasarkan untuk membantu 5,000 keluarga tidak berkemampuan serta 3,000 anak yatim tempatan dan luar negara.

Timbalan Presiden MRA Khairil Annuar Khalid berkata, pihaknya mengambil kesempatan ini sempena ketibaan Ramadan supaya golongan berkenaan dapat menyediakan makanan berbuka dan bersahur.

“Dengan adanya bantuan seperti ini, mereka akan rasa dihargai dan tidak dipinggirkan masyarakat dunia,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank (5640 9820 6365) atas nama Malaysian Relief Agency.

Usaha ini dilaksanakan menerusi pelancaran Tabung Infaq Ramadan-Dekat Di Mata Lekat Di Hati.

Khairil berkata, selain Yaman, pihaknya memberi tumpuan  kepada negara seperti Syria, Nepal, Arakan (Myanmar) dan Selatan Thailand.

Bagaimanapun, katanya, kempen kali ini lebih menumpukan bantuan kepada Yaman kerana negara itu kurang mendapat perhatian pihak luar.

“Berdasarkan rekod, seramai 15.9 juta rakyat Yaman memerlukan bantuan kemanusiaan, 13.1 juta tiada air bersih dan perubatan yang mencukupi, manakala 830,000 kanak-kanak kekurangan zat.

“Situasi yang dialami rakyat Yaman kerana mereka bagaikan terperangkap di dalam kelompok sendiri dan hanya menunggu bantuan dari luar seperti MRA," katanya baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan di Yaman iaitu Charitable Society for Social Welfare (CSSW) untuk menyalurkan bantuan ke negara berkenaan.



Tags / Kata Kunci: MRA , Yaman , Ramadan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan