PAS Digesa Kukuhkan Blok Ketiga Tenggelamkan Pakatan Harapan

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 11:04 PM

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) bersama Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (dua, kanan) bersalaman menandakan bermulanya kerjasama politik antara kedua-dua parti pada sidang media, 16 Mac lalu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: PAS Pusat digesa mengukuhkan blok politik ketiga iaitu Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bagi menenggelamkan Pakatan Harapan yang dilihat terus menyaingi parti itu.

Perwakilan Terengganu, Dr Alias Razak berkata, PAS perlu berusaha mengembalikan kedudukan berikutan perpecahan Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Harap PAS Pusat ambil perhatian blok politik ketiga ini bagi menenggelamkan Pakatan Harapan yang menjadi pesaing kita hari ini.

"Mana tempat kita bertanding mereka bertanding. Nak bersaing sungguh. Jadi, kita kena bersungguh bagi mengatasi kehilangan undi akibat daripada perpisahan ini dan kita bina platform baharu," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dekat sini, Khamis.

Pada 16 Mac lalu, PAS membentuk blok politik ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia  atau ringkasnya Ikatan sebagai usaha memantap saingan ketika berdepan lawannya.

Alias berkata, beliau yakin pengukuhan blok politik ketiga itu bakal memberi kemenangan kepada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Bagaimanapun katanya, diharapkan pembentukan blok politik ketiga itu bukan sekadar di pentas semata-mata.

"Kita mohon kepada PAS Pusat... untuk kita mendapat kembali momentum dan sokongan, maka penubuhan blok politik ketiga adalah penting dan saya harap ia tidak hanya sekadar di atas pentas," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan