Muktamar PAS Kali Ini Bebas 'Jerebu Politik' - Perwakilan

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 6:27 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: PAS Kelantan menyifatkan muktamar kali ini berjaya membuktikan parti Islam itu bebas daripada 'jerebu politik'.

Perwakilan Kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh berkata, pada masa ini, negara dilanda 'jerebu politik'.

"Semua parti ada jerebu masing-masing. Tak ada parti yang bersih.

"Kita juga ada kejerebuannya tetapi semakin habis kerana asap jerebu semakin meninggalkan kita. InsyaAllah kita akan jadi terang semula.

"Saya lihat Muktamar PAS kali ini ialah muktamar yang membuktikan kita bebas daripada jerebu," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar Presiden PAS di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dekat sini, Khamis.

Wan Ismail berkata, suasana bebas jerebu politik dalam PAS apabila parti itu tampil dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera.

"Kita ubah rentak dan tempo untuk kita menguasai perlawanan dan memenangi perlawanan. Dalam pertandingan dan perlawanan, ada strategi.

"Kita tak boleh selama-lamanya ada satu rentak, perlu ada kepelbagaian supaya musuh kita tertipu dengan. Perubahan rentak ini kita lakukan dengan politik matang dan sejahtera," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan