Huckle Tidak Sertai Program Kementerian Pendidikan Di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 11:41 PM

Richard HUckle

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pedofil warga Britain, Richard Huckle, tidak menyertai program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melibatkan penyertaan warga asing sebagai tenaga pengajar, demikian menurut KPM.

KPM dalam satu kenyataan pada Khamis berkata perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof yang mendapati tiada nama Richard Huckle dalam rekod program penutur jati dari 2010-2015 dan program English Teaching Assistants dari 2012 hingga kini.

Program berkenaan merupakan program anjuran KPM yang melibatkan penyertaan warga asing sebagai tenaga pengajar.

"KPM ingin membuat kenyataan bahawa Richard Huckle warga kelahiran Britain tiada sebarang hubungan dengan pihak kementerian ini melalui program pendidikan sebagaimana yang didakwa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," menurut kementerian itu.


Huckle kini berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah terhadap 71 tuduhan menyerang secara seksual kanak-kanak di Malaysia sejak mula mengunjungi negara ini pada 2005 dan dikatakan mengadakan kelas bahasa Inggeris kepada komuniti Kristian miskin di Kuala Lumpur.
Tags / Kata Kunci: pedofil , Richard HUckle , KPM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan