Rusdi Dilantik Ketua JSJ Kuala Lumpur Yang Baharu

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 1:26 PM

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di antara Deputi Komisioner Datuk Zainuddin Ahmad (kiri) dengan Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa (kanan) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan dan Perundangan Selangor SAC Rusdi Mohd Isa dilantik sebagai Ketua JSJ Kuala Lumpur berkuat kuasa Rabu.

Rusdi, 48 yang sebelum ini dinaikkan pangkat kepada SAC, menggantikan Datuk Zainuddin Ahmad yang bertukar ke JSJ Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Timbalannya, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali.

Amar Singh berkata pihaknya berterima kasih terhadap segala jasa yang dicurahkan Zainuddin sepanjang menjawat jawatan Ketua JSJ Kuala Lumpur sejak Januari tahun lalu.

"Walaupun hanya sekejap beliau (Zainuddin) menjawat jawatan ini banyak sumbangan diberikan dalam membantu pencegahan jenayah," katanya ketika berucap pada majlis serah terima tugas Ketua JSJ Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, Rabu.

"Tahniah juga diucapkan kepada pengganti beliau, Rusdi yang banyak pengalaman dalam siasatan jenayah selain pernah terlibat dalam siasatan kes MH17, " kata Amar Singh.

Sementara itu, Rusdi yang berpengalaman dalam bidang siasatan jenayah kira-kira lima tahun di Selangor berharap dapat mempraktikkan apa yang dilakukan sebelum ini untuk disesuaikan di Kuala Lumpur.

"Sebagai Ketua JSJ, siasatan yang dijalankan amat penting kerana saya sudah lama dalam bidang ini jadi kita kena bekerja secara efisien, cepat dan profesional dan berharap semua anggota dan pegawai dapat memberi kerjasama kepada saya," katanya.

Rusdi yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang dan Ijazah Sarjana Pengajian Sains Sosial pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan JSJ Kelantan sebelum ditukarkan ke Selangor.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan