Program Fast2Feed Ceriakan Ramadan Golongan Kurang Bernasib Baik

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 5:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 3,000 penerima akan mendapat manfaat daripada program Fast2Feed, hasil gandingan syarikat pengeluar minuman Coca-Cola dan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, kata Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Muslim Aid Malaysia, Habsah Marjuni.

Beliau berkata, pada tahun lepas, lebih 2,000 penerima mendapat manfaat daripada usaha amal ini dan penyertaan Coca Cola sejak lebih lima tahun lepas membolehkan Muslim Aid Malaysia menghulurkan bantuan kepada lebih banyak umat Islam yang kurang bernasib baik.

Program Fast2Feed adalah program bantuan makanan yang berlangsung selama sebulan bagi golongan kurang berkemampuan di Malaysia, termasuk anak yatim, pelarian, orang asli, warga emas dan keluarga miskin.

"Bagi program Fast2Feed tahun ini, kami mengenal pasti 25 lokasi yang akan dikunjungi bermula hari kedua Ramadan berbanding 22 lokasi tahun lepas dan bagi tahun ini, kami turut meningkatkan jumlah penerima daripada keluarga miskin yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya.

"Kami juga ingin mempelawa lebih banyak individu dan syarikat Malaysia untuk menyertai kami dalam menawarkan sedikit harapan, bantuan dan penjagaan kepada mereka semasa Ramadan," katanya kepada pemberita selepas majlis Coca Cola Berkongsi Ramadan Bersama Muslim Aid Malaysia di sini, baru-baru ini.

Habsah berkata, mereka yang berhasrat untuk menyokong program Fast2Feed Muslim Aid Malaysia boleh melayari laman web http://muslimaid.org.my/fast2feed/ atau menghubungi 03-22881996 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Perbotolan Coca Cola Singapura-Malaysia-Brunei, Stephen James Lusk berkata bersempena ulang tahun ke-80 Coca Cola di Malaysia, dan syarikat pengeluar minuman itu berbesar hati untuk meneruskan tradisi untuk menyokong komuniti setempat dengan berganding bahu bersama pertubuhan seperti Muslim Aid Malaysia.

"Kami akan bersama-sama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia untuk menyokong kerja amal mereka dalam membantu golongan memerlukan, usaha yang bermula sejak 2010.

"Melalui gandingan ini, kami akan menyokong program tahunan Fast2Feed yang menyediakan sajian berbuka puasa, wang tunai dan pakaian bagi anak yatim, kanak-kanak daripada keluarga miskin, penghuni rumah orang tua, orang asli, dan pelarian, menjalani ibadah di bulan Ramadan," katanya.-- Bernama


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan