Wan Azizah: PKR Percaya Azmin Urus Dakwaan Rasuah Selangor

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 6:04 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan kepercayaan terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali untuk menyelesaikan sebarang kegiatan salah laku dalam kerajaan negeri.

"Saya dan pimpinan PKR meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap pentadbiran Azmin di Selangor.

"Kami yakin sekiranya terdapat bukit yang kukuh berkenaan apa jua salahlaku oleh sesiapa pun di dalam pentadbiran Selangor, Menteri Besar akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan sebarang kebejatan (keburukan) tidak akan dilindungi," kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi kenyataan pada Rabu.

Dr Wan Azizah berkata musuh politik parti itu kini mengambil peluang untuk memecah belahkan kepimpinannya berikutan dua pilihan raya kecil akan datang.

"Namun saya dan pimpinan PKR termasuk di Selangor tidak akan terperangkap dengan usaha terdesak yang menggunakan media untuk mengalih pandangan rakyat dari masalah pimpinan UMNO-Barisan Nasional yang terpalit dengan skandal kewangan, tatakelola yang menyimpang dan dasar-dasar yang membebankan rakyat," katanya.

Pada hari Isnin, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor.

Tags / Kata Kunci: Dr Wan Azizah Wan Ismail , Azmin Ali , PKR

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan