Muktamar Pemuda PAS: Pengundi Muda Penentu Kemenangan PRU-14

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 11:39 AM

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri) memalu gong pada perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS ke-57 sempena Muktamar Tahunan PAS ke -62 di Kelantan Trade Centre, Selasa. Turut hadir Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (dua, kiri).

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: PAS perlu mengambil kira peranan pengundi muda bagi menentukan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Wakil Pemuda PAS Kelantan, Ariff Abdullah berkata, parti seharusnya bergerak secara proaktif bagi mengumpul lebih ramai pengundi dalam tempoh dua tahun menjelang pilihan raya.

"Segmen anak muda yang mewakili sebahagian pengundi perlu diambil kira supaya kemenangan akan berjaya dengan komitmen anak-anak muda.

"Justeru, dua tahun yang ada ini hendaklah mendaftar mereka sebagai pengundi seramai mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucaptama Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada Muktamar Dewan Pemuda di sini, Rabu.

Pada Selasa, Nik Abduh berkata, dianggarkan jumlah pengundi mencecah 15 juta orang di mana 7.5 juta pengundi muda dan pemilih baharu.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS perlu memastikan jentera pilihan raya di setiap peringkat bersiap siaga yang antaranya memberi tumpuan kepada pengundi muda.

Tags / Kata Kunci: Pemuda PAS Kelantan , Ariff Abdullah , PRU-14

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan