Restoran Line Clear Anti 'Plastik Hitam'

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Kami anti plastik hitam," tegas pemilik nasi kandar, Line Clear (LC) di Kampung Baru, Zainul Alam Abdul Hamid merujuk amalan individu tidak berpuasa yang gemar 'tapau' makanan sepanjang Ramadan.

Berikutan itu menurutnya, restoran LC akan hanya memulakan operasi bermula pukul 3 petang sehingga subuh setiap hari sepanjang Ramadan ini.

Jelas Chef Eksekutif LC itu, restoran tersebut yang dibuka 24 jam sebelum ini mengubah waktu operasinya bagi menghormati bulan mulia tersebut.

"Sepanjang Ramadan LC akan sediakan menu asli terbaik, tetapi kami anti 'plastik hitam'. Kami tidak mahu menjual makanan untuk mereka yang tidak berpuasa.

"Oleh itu, LC akan hanya mula menjual makanan bermula pukul 3 petang setiap hari. Selepas Subuh kami akan hentikan operasi serta-merta," katanya kepada mStar Online.

Zainul Alam berkata, restoran LC juga telah menghadkan tempahan untuk pelanggan berbuka puasa di restoran berkenaan.

"Kalau boleh kami tidak mahu meja dipenuhi dengan tempahan kerana kami juga kesian dengan pelanggan yang datang pada minit akhir sebelum waktu berbuka.

"Kami cuma ingin pastikan semua pelanggan dapat berbuka di sini. LC tidak mahu pelanggan terpaksa berpatah balik dan menangguh rancangan untuk berbuka di restoran ini," ujarnya.

Beliau memberitahu, restoran LC mula menerima tempahan kira-kira dua minggu sebelum Ramadan, tetapi ia dihadkan.

"Kami lebih fokus untuk sediakan menu terbaik untuk kepuasan pelanggan. Kami mahu pelanggan menikmati makanan yang lazat di LC," katanya.



Tags / Kata Kunci: Line Clear , Kampung Baru , Plastik Hitam

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan