KDN Haramkan Tiga Lagi Penerbitan

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 8:08 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan berkuatkuasa 22 April lalu, terhadap tiga penerbitan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam dan mengelirukan umat Islam di negara ini.

Menerusi kenyataan pada Rabu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata ketiga-tiga penerbitan itu adalah "Rasulullah SAW Sejak Hijrah Hingga Wafat" terbitan Pustaka Hidayah, Bandung, Indonesia; "Tafsir Ayat-Ayat Kematian" (Pustaka Hidayah, Bandung); dan "Sinema Spiritual: Dramaturgi Dan Kritikan" (Unit Buku Harakah, Kuala Lumpur).

Beliau berkata warta Perintah Larangan ini adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Ia menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau memiliki penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

Sehubungan itu, Alwi berkata mana-mana pihak yang berbuat demikian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 8 (2) Akta 301 tersebut.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, katanya.

Ketiga-tiga penerbitan ini mungkin menggemparkan fikiran orang ramai kerana mengandungi atau seolah-olah mempromosi unsur-unsur ajaran atau amalan Syiah yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditetapkan di negara ini, katanya.

Keputusan ini juga dibuat bagi menghalang cubaan menyuntik propaganda Syiah menerusi pengedaran atau penjualan penerbitan kepada orang awam," katanya.

Alwi menyaran orang ramai yang mendapati masih ada penerbitan yang mungkin melanggar undang-undang negara diedarkan di pasaran agar membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my.

Tags / Kata Kunci: KDN

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan