Perdana Menteri Kemboja Tiba Untuk Lawatan Empat Hari Ke Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 1:07 PM

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dan isteri Bun Rany diiringi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lee Chee Leong (dua, kiri) dan Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek (kiri) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Rabu bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia mengenai ASEAN 2016 (WEF ASEAN 2016) sempena lawatan kerja beliau ke Malaysia. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri Kemboja Hun Sen diberi sambutan permaidani merah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Rabu, bersempena lawatan empat hari beliau ke negara ini.

Hun Sen, yang diiringi isterinya Bun Rany, disambut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lee Chee Leong dan Duta Malaysia ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek, sebaik pesawat yang membawanya mendarat pada pukul 10.30 pagi.

Pemimpin Kemboja itu kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada 29 pegawai dan anggota Rejimen Ke-6 Renjer Diraja.

Hun Sen akan menghadiri Forum Ekonomi Dunia ke-25 mengenai ASEAN di Kuala Lumpur, hari ini dan esok.

Beliau akan menyertai pemimpin lain berucap pada forum yang bertemakan 'Membentuk Agenda ASEAN bagi Rangkuman dan Pertumbuhan'.

Hun Sen dan pemimpin ASEAN yang lain dijangka mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua perdagangan dunia mengenai Revolusi Perindustrian ASEAN ke-4 pada forum berkenaan.

Kementerian Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja dalam kenyataannya berkata, Hun Sen akan mengadakan lawatan rasmi mulai Jumaat dengan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perbincangan dua hala itu bertujuan meningkat dan mengeratkan persahabatan yang sekian lama terjalin serta kerjasama pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin negara juga akan mempengerusikan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman mengenai kerjasama maklumat dan penyiaran serta Program Sukarelawan Antarabangsa MYCorps di Kemboja, kata kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: Hun Sen , PM Kemboja

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan