Muktamar PAS: Dewan Ulama Kecam Kerajaan DAP Pulau Pinang Iktiraf LGBT

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 11:31 AM

Naib Presiden PAS Idris Ahmad menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Ke-55 sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-62, malam Selasa.

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) mengecam tindakan Kerajaan DAP di Pulau Pinang kerana memberi pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketua DUPP, Datuk Mahfodz Mohamad berkata, hakikatnya negara berada dalam krisis apabila LGBT diberi perakuan atas nama hak asasi manusia.

"Kerajaan DAP Pulau Pinang menjadi kerajaan pertama di Malaysia memberi pengiktirafan melalui Jawatankuasa Transgender negeri itu yang bermesyuarat kali pertama di Bangunan Dewan Undangan Negeri pada 17 Mei 2016.

"Dewan Ulama PAS mengutuk semua sokongan yang bernuansa budaya kaum Lut ini," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan DUPP kali ke-55 di sini, Selasa malam.

Baru-baru ini, kerajaan Pulau Pinang meluluskan penubuhan Jawatankuasa Transgender bagi membela nasib golongan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri  (Adun) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu merupakan pengerusi sementara jawatankuasa itu.

Sehubungan itu, Mahfodz menyeru pemimpin khususya ulama mendampingi kelompok LGBT agar golongan itu dapat bersama PAS untuk diberikan kefahaman Islam yang sebenar.

"Seterusnya membawa mereka kepada pemahaman Islam sebagai satu cara hidup yang boleh menyelamatkan di dunia dan akhirat," ujar Mahfodz.


Tags / Kata Kunci: Dewan Ulama PAS , LGBT , DAP , Pulau Pinang

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan