DAP Dapat Undi Melayu Kerana 'Berkawan' Dengan PAS - Mohd Amar

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 8:37 AM

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Parti DAP perlu sedar bahawa kemenangan mereka dengan mendapat undi Melayu dalam pilihan raya sebelum ini adalah hasil daripada 'berkawan' dengan PAS.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata walaupun pada masa sama PAS dikatakan menumpang undi bangsa Cina, namun beliau tetap yakin bahawa tanpa PAS, 'mati hidup balik' pun DAP takkan dapat undi Melayu.

"Logiknya mereka menyatakan kalau PAS berpecah daripada Pakatan, tiada DAP bersama mereka...kita tidak dapat sokongan orang Cina dan pergi ke Putrajaya.
Tetapi mereka lupa bukan itu sahaja cara yang kita dapat undi bukan Melayu.

"Di Kelantan ini mana ada Cina undi DAP. Mereka hanya undi PAS atau Barisan Nasional sebab DAP tidak bertanding di sini," katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-56 di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Mohd Amar menekankan pentingnya mematuhi disiplin dan patuh kepada pemimpin dalam parti selagi pemimpin itu tidak melanggar syariat.

Mohd Amar turut menjangkakan pilihan raya umum akan berlangsung pertengahan tahun depan atau lebih awal berdasarkan senario politik semasa.

"Melalui muktamar ini kita boleh rangka perancangan untuk menghadapi pilihan raya kerana pergolakan politik hari ini cenderung kepada perkara yang tidak diduga," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan