Bukit Chandan Terus Nikmati Pelbagai Pembangunan

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 11:30 AM

Masjid Ubudiah antara mercu tanda utama di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Bukit Chandan, yang merupakan satu daripada dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kuala Kangsar, terus menikmati limpahan pembangunan terutama daripada aspek pendidikan.

Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan, Maslin Sham Razman berkata, kerajaan Persekutuan telah membeli tanah seluas 20 hektar bersebelahan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Kuisas) bagi membina tiga sekolah di DUN itu.

Katanya, tiga sekolah yang bakal dibangunkan, masing-masing adalah sebuah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan SMK Agama.

"Proses pembelian tanah telah selesai dan peruntukannya akan dapat tidak lama lagi. Pembinaan ini bagi memenuhi tuntutan komuniti di Bukit Chandan yang semakin bertambah," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Maslin Sham berkata Sekolah Rendah Agama Rakyat An-Nur di Madrasah India Muslim akan dibina di kawasan baharu iaitu berhampiran stesen kereta api Kuala Kangsar melibatkan kos RM1 juta.

"Sekolah itu telah uzur dan kita telah mendapatkan tanah berkeluasan 0.73 hektar untuk membangunkan sekolah rakyat baharu yang boleh menempatkan 300 orang," katanya.

Selain itu, Maslin Sham berkata kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM3 juta untuk membina jambatan kedua di Sungai Cermin demi kepentingan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Bagi memberi nafas baharu kepada kawasan lembah Kuala Kangsar, Maslin Sham berkata, pihaknya bersama Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) merancang untuk membangunkan kawasan itu menjadi taman tema air.

"Ia masih dalam peringkat perbincangan dan pelan perancangan itu telah dikemukakan kepada pimpinan tertinggi untuk peruntukan," katanya.

Menjelas lanjut mengenai pembangunan di DUN Bukit Chandan, Maslin Sham berkata penyediaan kemudahan seperti dewan, masjid dan surau merupakan perkara yang menjadi keutamaan dan ia telah dilaksanakan.

"Dewan serbaguna baharu dikenali sebagai Dewan Dato Wan Mohammad Khair-il bakal dibina di kawasan Bukit Chandan dengan kos RM2 juta. Peruntukannya telah diterima dan pembinaannya akan diuruskan MPKK," katanya.

Mengenai keadaan Hospital Kuala Kangsar yang telah lama, ADUN Bukit Chandan itu berkata bilik kecemasan di hospital berkenaan akan dinaik taraf melibatkan kos kira-kira RM7 juta dan reka bentuk pembinaannya sedang disiapkan.

"Selain itu, perancangan untuk membina sebuah klinik kesihatan di Kuala Kangsar telah mendapat kelulusan dan pembinaannya mungkin menelan kos RM30 juta," katanya.

Maslin Sham berkata segala pembangunan yang dirancang telah dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kebanyakan perancangan telah diselesaikan oleh pimpinan baik di peringkat Persekutuan atau negeri dan insya-Allah janji-janji (lain) akan ditunaikan," katanya.

Kuala Kangsar akan menjadi tumpuan apabila PRK Parlimen itu bakal diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu. -- Bernama 

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan