PRK Sungai Besar: 'Budiman' Sentiasa Dibawa Untuk Berkempen

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 10:00 AM

Budiman (tengah), ketika bertemu dengan penduduk warga emas di Sungai Besar baru-baru ini. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Apabila turun berkempen, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar akan 'membawa' bersama namanya yang bermaksud baik.


Budiman Mohd Zohdi berkata, beliau akan menggunakan sepenuhnya slogan 'Inilah Budiman' sebagai sebahagian daripada kempen untuk menarik pengundi.

Untuk PRK ini, yang jatuh pada bulan puasa, Budiman memilih untuk bertemu sendiri dengan para pengundi, bukannya mengadakan ceramah atau perhimpunan besar-besaran.

"Saya lebih suka berinteraksi dalam kumpulan yang lebih kecil kerana ia bersifat lebih peribadi dengan pengundi. Saya rasa berkempen gaya sederhana akan memberi manfaat kepada saya memandangkan Ramadan adalah bulan yang suci.

"Saya tidak akan 'menjual' idea yang besar. Saya hanya 'menjual' diri saya kepada pengundi," kata beliau di sini, Selasa.

Budiman, 44, yang dilahirkan di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia.


Kawasan itu mempunyai 42,837 pengundi, dengan  67.18 peratus pengundi Melayu, diikuti Cina (30.68 peratus), India (1.91 peratus) dan lain-lain (0.23 peratus).

Budiman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang itu berkata beliau telah mengenal pasti beberapa isu tempatan yang perlu ditangani, termasuk isu-isu penguatkuasaan untuk nelayan.

"Kekuatan saya adalah saya sentiasa ingin berkhidmat untuk semua bangsa tanpa mengira pegangan parti politik. Jika mereka ada masalah, mereka boleh datang kepada saya.

"Di kawasan ini, segala-galanya adalah mengenai meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan," katanya.

Mengenai kemungkinan persaingan tiga penjuru dengan PAS dan Amanah, Budiman berkata beliau tidak terganggu dengan calon-calon lain, walaupun calon Amanah yang akan diletakkan adalah Presiden Amanah, Mohd Sabu.


Menegaskan bahawa dia mempunyai rekod yang baik dengan masyarakat setempat, Budiman berkata:

"Saya seorang calon tempatan dan jika apa-apa berlaku di sini, saya akan berada di sekitar kawasan ini. Saya tak tahu tentang orang lain yang datang dari kawasan lain. Bolehkah mereka berada di kawasan ini? Saya memang sentiasa di sini."

Buat masa ini, Budiman akan menentang calon PAS yang juga Adun Meru Dr Abdul Rani Osman dalam PRK akan datang.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan