Anggota Amanah Hilang Nikmat - Nik Abduh

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 7:55 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Anggota Parti Amanah Negara (Amanah) yang meninggalkan PAS kini hilang kenikmatan selepas menyertai parti baharu itu, dakwa Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Ketua Pemuda PAS itu berkata, mereka yang terlibat mengalami 'kekosongan jiwa' kerana tidak akan merasai kemanisan  sebagaimana ketika menganggotai PAS.

"Saya dapat tahu mereka merindui PAS selepas meninggalkan parti ini.

"Mereka tidak puas hati dengan PAS tetapi mereka lupa yang baharu itu bukan sesuatu yang diredhai Allah.

"Mereka nak cuba kebebasan selepas mereka rasa lama ditindas tetapi Allah menarik nikmat itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-57 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, Rabu.

Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu, pintu masih terbuka buat anggota Amanah untuk kembali menyertai PAS.

"Selepas berbalah, kita bermuhasabah balik kepada PAS. Ini kerana sejarah PAS penuh dengan orang yang kembali selepas pergi.

"Kita berharap ada di kalangan sahabat-sahabat kita di Amanah akan kembali. InsyaAllah," ujar Nik Abduh.

Tags / Kata Kunci: Nik Abduh Nik Abdul Aziz , PAS , Amanah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan