Muktamar Pemuda: Adun PAS Mampu Selamatkan Tanah Rizab Melayu Di P.Pinang

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Perwakilan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafis Alias menggesa supaya usaha dilakukan untuk menambah  bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu di Pulau Pinang bagi menyelamatkan tanah rizab Melayu di negeri itu.

Beliau berkata, ia bagi memastikan hak masyarakat Islam Pulau Pinang tidak terabai walaupun populasi kaum Melayu berada di tangga kedua tertinggi dalam jumlah keseluruhan penduduk negeri seramai 1.6 juta.

Katanya, walaupun angka tersebut kecil tetapi hakikatnya ia memberi kesan yang cukup besar kepada generasi akan datang.

"Dengan pertambahan Adun PAS, kemungkinan besar usaha untuk menghapuskan hak milik dan tanah rizab Melayu itu akan berjaya dilaksanakan. 

"Saya berpendapat, ia boleh menyelamatkan tanah rizab Melayu di Pulau Pinang," katanya pada Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-57 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, Rabu.

Mohd Hafis berkata, Pulau Pinang adalah antara negeri yang tidak mempunyai tanah rizab Melayu.

Mengenai populasi di Pulau Pinang, katanya, ia didominasi kaum Cina sebanyak 45.6 peratus, diikuti Melayu (43.6 peratus), India (10.4 peratus) dan lain-lain (0.4 peratus). 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan