"Kenapa Tak Letak Jawatan Isu 1MDB, GST" - Tuan Ibrahim

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 6:34 PM

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memeriksa barisan kawalan Jabatan Amal sebelum merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS kali ke-57 sempena muktamar tahunan Pas kali ke-62 di Kelantan Trade Centre, Selasa. Turut hadir Ketua Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (dua, kiri)

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan tindakan pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mahu meletak jawatan dalam Kabinet susulan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud oleh parti itu.

Beliau berkata, mereka sepatutnya meletakkan jawatan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MBD) yang melanda negara termasuk hal yang membebankan rakyat seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Sepatutnya mereka letak jawatan untuk isu 1MDB. Sepatutnya mereka berani memberi amaran kepada kerajaan untuk meletakkan jawatan di atas bebanan yang ditanggung rakyat.

"Ke mana mereka sewaktu negara sedang bergelut dengan 1MDB yang tak selesai, dana RM2.6 bilion yang sudah dipulangkan kembali, bebanan GST termasuk isu melanda di kalangan anak-anak muda yang hilang peluang pekerjaan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS 2016 ke-57 di sini, Selasa.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menggesa supaya perhatian pemimpin BN itu seharusnya dialihkan kepada masalah yang membebani rakyat.

"Masalah rakyat yang seharusnya diberi perhatian, bukan menyekat hak orang Islam untuk mengamalkan ajaran agama mereka," katanya.

Beliau sekali menegaskan bahawa akta berkenaan diguna pakai di kalangan umat Islam sahaja.

"Maka ia tiada kena-mengena dengan orang bukan Islam," ujar Tuan Ibrahim.

Pada 26 Mei lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang kemudiannya mencadangkan usul itu dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan