KTMB Jual 333,000 Tiket ETS, Intercity Sempena Aidilfitri Mulai Jumaat Ini

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 1:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan 333,000 tiket sempena Aidilfitri untuk perkhidmatan keretapi elektrik ETS dan KTM Intercity.

Tiket adalah untuk perjalanan bermula 24 Jun hingga 17 Julai yang akan dijual mulai 8.30 pagi Jumaat ini, kata KTMB dalam satu kenyataan.

KTMB berkata langkah menjual tiket ETS dan Intercity dua bulan lebih awal dari tarikh perjalanan adalah bagi memudahkan orang ramai membuat perancangan perjalanan mereka.

Tiket boleh diperoleh di kaunter KTMB atau menerusi khidmat atas talian di laman sesawang rasmi KTMB www.ktmb.com.my.

Pertanyaan lanjut mengenai status tiket, jadual tren dan tambang boleh didapati di stesen KTMB berhampiran, Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau laman rasmi KTMB.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: KTMB , ETS , Intercity , Aidilfitri

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan