Tender Kerajaan Negeri Diberikan Secara Adil, Saksama

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 10:35 PM

Adnan (tengah) bergambar bersama pemimpin-pemimpin belia selepas merasmikan Majlis Penerangan dan Wacana Pencegahan Rasuah Bermula Daripada Rebung Bersama Pemimpin Belia Negeri Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Pemberian tender menggunakan dana Kerajaan Negeri Pahang dilakukan dengan adil dan saksama untuk mengelakkan sebarang unsur rasuah dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata langkah itu menunjukkan Kerajaan Negeri begitu komited membanteras segala perbuatan rasuah di negeri ini.

"Keputusan memberikan tender menggunakan dana kerajaan negeri dibuat oleh Jawatankuasa Tender yang dipengerusikan Pegawai Kewangan Negeri dan bukannya Menteri Besar seperti di negeri lain.

"Kita tidak memilih orang kita kenal sahaja untuk beri tender ini, jangan kata orang kita kenal, kita akan bagi terus...kita tidak buat macam itu. Jika ada orang yang kita tidak kenal sekalipun, kalau orang tersebut boleh buat yang terbaik, sudah tentu kita akan bagi tender ini.

"Kalau dana Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek, kita ada cara lain pula...cuma kalau nilainya melebihi RM3 juta ke atas, ia akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri," katanya ketika berucap menutup wacana bertajuk "Pencegahan Rasuah Bermula Dari Rebung" anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang di sini, Selasa.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: tender kerajaan , Adnan Yaakob

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan